Monday, July 23, 2012

Kematian itu pasti

Assalamualaikum..


Just want to share.. Awal pagi 3 Ramadhan 1433H ini dikejutkan dengan berita kematian jiran.. Innalillahi wa innailaihiraji'un.. Sesungguhnya, kematian itu menginsafkan. Betapa sebaknya rasa saat melihat wajah allahyarhamah yg telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan bertemu ajal. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Andai kata kita ditakdirkan mati esk, bahkan skrg.. adakah kita yakin,cukup bekalan amalan utk dibawa menghadap Yang Esa? Allah. Dan, adakah kita pasti kita dapat melepasi fitnah dan azab kubur?




Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin, Aisyah r.a., bahawa Rasulullah saw sering berdoa



اللهمَّ إني أعوذ بك من عذاب النار وفتنة النار ، وفتنة القبر وعذاب القبر

"Ya Allah, aku berlindung dengan kekuasaanMU dari azab neraka dan fitnah neraka dan dari fitnah kubur dan azab kubur". (Sahih Bukhari 6014)

Maksud fitnah kubur ialah kesulitan untuk menjawab soalan daripada dua Malaikat di dalam kubur. Sesungguhnya kami tahu, tiap-tiap diri pasti akan mati. Allahuakbar, Kau permudahkanlah kami ya Rabb. Dan Rasulullah ada bersabda, setelah satu mayat dikebumikan "Mintalah keampunan daripada Allah untuk si mati dan mintalah ketetapan(kebenaran di dalam menjawab), kerana dia sekarang sedang disoal.(HR Daud)

Sama-sama kita jadikan peringatan. Wallahualam.


No comments:

Post a Comment